NUR IFFAH NASUHA BINTI ZULKORNAIN (D20212099305)

 

PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (FPI) TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.




    Menurut Zawawi Hj. Ahmad (1984) dalam Noriati A. Rashid (2014:47), pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan untuk merubah, melatih dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah SWT untukmencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.Falasah Pendidikan Islam adalah berasaskan ajaran Al-Quran.Penekanannya adalah terhadap kepercayaan mengawal pemikiran dan tindakan.Falsafah ini juga lebih menekankan kepada pembangunan rohani,akal dan jasad.

        
 Falsafah Islam juga mempunyai konteks yang sejajar dengan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bersifat menyeluruh, bersepadu, seimbang dan sempurna. Falsafah Pendidikan Islam berusaha melahirkan individu yang baik, seterusnya melahirkan warganegara yang beriman dan beramal soleh. Ia turut berusaha untuk melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan rohani. Oleh itu,insan yang lahir dari sistem pendidikan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam akan bersifat taqwa, ikhlas, ihsan, itqan, istiqamah dan seterusnya menerbitkan sifat-sifat kemanusiaan yang terpuji seperti berkasih-sayang, hormat-menghormati, dan berkeperibadian tinggi. (Ahmad Mohd. Salleh, 2008:21)

   Menurut Mohd. Kamal Hassan (1987) dalam Ahmad Mohd. Salleh (2008:21),Falsafah Pendidikan Islam juga menekankan konsep-konsep berikut:

1. Pendidikan seumur hidup.

2. Pembangunan seluruh potensi (roh, akal, dan jasad) secara padu mencakupi aspek kognitif, afektif, dan volitional.

3. Menyampaikan dua fungsi iaitu:

        i)sebagai hamba kepada Allah (ubudiyyah)

        ii)sebagai khalifah Allah (wakil Allah di bumi).

4. Memakmurkan seluruh alam.

5. Kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu, dan amal soleh.

6. Kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat

      Berdasarkan konsep pendidikan tersebut,dapat disimpulkan Falsafah Pendidikan Islam merupakan falsafah bersifat bersepadu antara iman,ilmu,dan amal serta bermatlamatkan kebahagian dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997).Oleh itu,Falsafah Pendidikan Islam telah membawa banyak perubahan terhadap institusi pendidikan,kurikulum,masyarakat dan pendidik dalam perkembangan sistem Pendidikan di Malaysia.


MASYARAKAT DAN PENDIDIKAN

    Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI) Terhadap Perkembangan Pendidikan di Malaysia yang pertama ialah perkembangan terhadap masyarakat dan pendidikan.Pendidikan yang diamalkan di Malaysia menekankan pendidikan sepanjang hayat atau seumur hidup. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)menekankan pendidikan sepanjang hayat dengan meletakkan matlamat khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) iaitu untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman,berakhlak mulia, berketrampilan dan berakhlak mulia.Dengan kata lain,Malaysia mengamalkan pendidikan berterusan disebabkan situasi semasa dan proses tumbesaran manusia yang sentiasa berubah dan berkembang.Dalam agama islam juga mementingkan pendidikan sejak anak kecil lagi.Falasafah ini menegaskan didikan ibu bapa adalah utama dalam menjadi pendidik anak-anak,dan pengaruh daripada itulah menjadi salah satu bentuk pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia sehingga kini terutamanya dalam kalangan umat Islam.Pendidikan di Malaysia juga mengembangkan 3 prinsip FPI iaitu akal,roh dan jasad dan menekankan pembentukan insan sempurna yang mempunyai iman,ilmu dan amal dan ketiga-tiga prinsip dan aspek ini sememangnya dijadikan matlamat pendidikan di Malaysia.Ini jelas membuktikan pendidikan menurut Islam adalah pendidikan sepanjang hayat dan ternyata konsep ini membawa kepada berlakunya perkembangan pendidikan di Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam(FPI)

 

ALIRAN ILMU

    “Setelah Tanah Melayu merdeka dan membentuk negara Malaysia, terdapat akta yang menekankan mengenai pendidikan Islam iaitu Akta Pelajaran 1961. Akta ini menjadikan pendidikan Islam kewajipan bagi Kerajaan Pusat. Sebagai contoh, seorang murid Islam mesti diberikan pendidikan Islam sepanjang ia berada di sekolah rendah dan menengah. Implikasi daripada akta pelajaran 1961 tersebut telah wujudnya Pengetahuan Agama Islam dalam kurikulum pendidikan sekolah. Secara tidak langsung, perkara ini menunjukkan perkembangan pendidikan Islam itu sendiri di mana hasilnya dapat dilihat kini iaitu rakyat yang terdidik dengan penghayatan agama Islam lebih ramai.”

Menerusi Akta tersebut telah menjadikan aliran ilmu dalam pendidikan di Malaysia yang melibatkan pelajar Islam seharusnya bepandukan kepada agama Islam dalam mematuhi dan mempercayai sesuatu perkara. Ini bermaksud,dalam proses pembelajaran dan pengajaran(p&p) itu perlulah menekankan atau disulamkan dengan pemahaman islam.Dalam aspek aliran ilmu juga telah menekankan dua cabang ilmu iaitu ilmu naqli (wahyu) dan ilmu aqli (falsafah dan sains). Hal ini bertujuan untuk membentuk sebuah Pendidikan yang seimbang seperti mana dalam ajaran Islam disamping menekankan kepada pembentukan insan seimbang dalam aspek intelek,rohani,emosi dan jasmani.


KURIKULUM

    Seterusnya,hasil penekanan terhadap pendidikan islam menyebabkan berlakunya pengaruh terhadap kurikulum dan pembelajaran murid.Menerusi kurikulum,menyaksikan banyak perkembangan pendidikan Islam kini dimana subjek ini telah diwajibkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atau dikenali nama barunya ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.Menerusi kurikulum ini juga menyebabkan berlakunya proses penambahbaikan dalam pembentukan rohani pelajar berkaitan agama.Iannya lebih berorientasi kepada program bersepadu iaitu secara menyeluruh dari segi intelektual,rohani,emosi dan jasmani.Hal ini demikian disebabkan pengaruh Falasafah Pendidikan Islam dimana islam tidak melihat dari sudut intelek semata-mata dalam pembangunan manusia tetapi secara menyeluruh,sepadu dan sempurna.Dengan ini telah berlakunya perkembangan dalam sukatan pelajaran dan segi pembelajaran murid juga lebih menekankan nilai-nilai moral dan akhlak yang mencakupi dunia dan akhirat  (seimbang dan bersepadu).

Selain itu, pengaruh falsafah pendidikan islam juga telah membawa kepada penubuhan sekolah-sekolah agama iaitu Sekolah Menengah Agama sebagai salah satu sistem atau aliran pendidikan di Malaysia.Sekolah jenis ini dibangunkan sebagai tempat penghayatan nilai islam bagi murid-murid islam yang memberi penekanan yang lebih terhadap ilmu-ilmu berkaitan agama Islam berbanding sekolah menengah yang lain.Kini, terdapat 55 buah Sekolah Menengah Kebangsan Agama (SMKA) yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.


INSTITUSI PENDIDIKAN: KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DAN PRASARANA

    Perkembangan terhadap institusi pendidikan menerusi aspek Kemudahan Infrastruktur dan Prasarana.Perubahan ini merujuk kepada pembentukan organisasi sekolah kearah mewujudkan situasi yang sesuai bagi melahirkan murid-murid mengikut tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan Islam.Sebagai contoh,kewujudan surau-surau di setiap sekolah yang mempunyai murid-murid dan kakitangan islam.Hal ini bertujuan untuk memberi kemudahan dalam mewujudkan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti bacaan doa,solat hajat perdana,kelas mengaji,majlis-majlis keagamaan dan sebagainya.Penubuhan ini bertujuan untuk megubah budaya sekolah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dalam pembentukan murid-murid yang selari dengan tuntutan ajaran islam.

 




PENDIDIK

Menerusi Falsafah Pendidikan Islam menegaskan bentuk proses mendidik.Mok Soon Sang (2010),menyatakan telah berlakunya perubahan dari segi tugas dan sikap seseorang pendidik untuk melaksanakan tugasan mengajar dengan tujuan dan dasar falsafah pendidikan islam adalah selari.Perubahan pendidik dari segi pandangan dan visi yang lebih positif untuk menjalankan amanahnya dengan baik.Guru bertanggungjawab memilih dan mengaplikasikan metodologi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membawa keseimbangan domain potensi pelajar iaitu intelek,rohani,emosi dan jasmani.Perkara ini ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Islam (FPI) yang bermatlamatkan proses pembinaan individu masyarakat secara holistik bertunjangkan al-quran dan as Sunnah dalam menghayati cara hidup islam.Objektif FPI dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas untuk membina potensi pelajar yang seimbang demi mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.Pengajaran guru juga mempunyai perubahan dari segi strategi dan teknik pengajaran agar lebih sesuai dilaksanakan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.Sebagai contoh,menerusi pemikiran Falsafah Pendidikan Islam telah mengaskan bentuk pengajaran berdasarkan peringkat umur.Bagi budak-budak berumur bermula 0-6 tahun,didikan secara lembut,7-15 tahun,didikan tegas manakala 16 tahun keatas,didikan secara berhemah.

Kesimpulannya,Falsafah Pendidikan Islam (FPI) merupakan salah satu sumber penting dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.FPI ini merangkumi pelbagai aspek iaitu dari segi menyeluruh,bersepadu,seimbang dan sempurna yang merangkumi konsep intelek,rohani,emosi,jasmani. Disebabkan Malaysia merupakan salah satu negara Islam,pendidikan di Malaysia juga seharusnya menjurus kepada pendidikan berterasakan islam.Tidak hairanlah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia banyak dipengaruhi oleh Falsafah Pendidikan Islam.

Rujukan:

1) Ahmad Mohd Salleh, (2008).Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan.Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2)  Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin dan Zakiah Noordin, (2014).Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd

3) Mok Soon Sang (1992). Pedagogi 2 Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran Mikro Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Subang Jaya: Cetaktama Sdn. Bhd.
 
4)    Kementerian Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan Misi KementerianPendidikan Malaysia, (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara, 2001).
 
5)    Siti Haridah AJ,(2020). Bincangkan Implikasi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia https://pdfcookie.com/documents/bincangkan-implikasi-falsafah-pendidikan-islam-dalam-perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-3ld0wpzd9g24
 
6)    Tengku Sarina (2014), Falsafah pendidikan Islam dan hubungannya dengan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar. https://books.google.com.my/books/about/Falsafah_pendidikan_Islam_dan_hubunganny.html?id=LE9CnQAACAAJ&redir_esc=y 

 

 





Comments

Popular posts from this blog

MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN BIN ABD HALIM (D20212099304)

DIANNIE VOO FUI SHAN (D20212099306)