MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN BIN ABD HALIM (D20212099304)
PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Rajah 1 : Asal kewujudan Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah
Cabang Falsafah |
Idealisme |
realisme |
pragmatisme |
eksistensialisme |
|
Metafizik
|
Sesuatu realiti dapat ditransformasikan
ke dalam bentuk fikiran |
Realiti ialah sesuatu berbentuk objek dan jirim |
Realiti yang hanya ada dalam pemikiran
tanpa pengalaman sukar untuk dipastikan dan dibuktikan |
Realiti ialah sesuatu kewujudan
bersifat individu |
|
Epistemologi
|
Kebenaran adalah sebagai idea yang
berada dalam pemikiran |
Pengetahuan adalah hasil interaksi
manusia dengan alam sosialnya dan alam fizikal di sekelilingnya |
Pengetahuan adalah hasil dari
pengalaman yang diperoleh oleh manusia melalui perhubungannya dengan
persekitaran. |
Ilmu pengetahuan berpunca dari
pengalaman dan persekitarannya. |
|
Aksiologi
|
Nilai bersifat mutlak,, tetap dan tidak
berubah. |
Nilai boleh diterima bergantung kepada
masyarakat |
Nilai bergantung kepada situasi, iaitu
mestilah dapat dilihat dan diaplikasikan |
Nilai bersifat relatif kepada individu ,
tidak bergantung kepada masyarakat atau individu lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Fokus
|
*Kebenaran – akal ,jiwa dan kerohanian * Dimensi kebenaran, Keadilan dan keindahan-menerusi proses
penaakulan |
*Kebenaran – sifat nyata/maujud
fizikalnya. * Kewujudan di alam fikiran selaras
dengan alam nyata. |
*Kebenaran dari pengalaman. *Pengalaman individu berbeza |
*Kebenaran dari pengalaman bebas. *Individu berhak membuat pilihan dan
bertanggung jawab |
ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
❓ Perlaksanaan kokurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran dan berfokus terhadap pembangunan pemikiran dan kerohanian menerusi mata pelajaran Kesusasteraan, Kemanusiaan, Bahasa, Sejarah dan Matematik. Rohani yang kukuh mewujudkan sikap berakhlak mulia.
❓Guru berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing yang akan membantu murid dalam aktiviti atau mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.
💣 Guru sebagai model, penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran. Mata pelajaran di bahagikan kepada teras dan elektif dimana menggambarkan mata pelajaran penting dan kurang penting seperti pelaksanaan KBSM dan penekanan 3M dalam pelaksanaan KBSR
💣Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi Negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin
📌Pengaruh Falsafah Pendidikan Perenialisme terhadap FPK
💣Pendidikan mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi Negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin. Matlamat ini dikira sebagai lebih mengutamakan Negara daripada individu itu sendiri dan ia menunjukkan sistem pendidikan lama di Malaysia bersifat tradisional.
💣Pendidikan mementingkan nilai. Nilai ditanam kepada pelajar agar mereka dapat menyeimbangkan antara pembangunan manusia sebagai insan dan kemajuan sains dan teknologi. Di samping itu, rasional akan membantu melahirkan rakyat yang berkualiti. Nilai murni yang diterap juga mengharapkan agar pelajar menjadi masyarakat yang berakhlak mulia.
📌Pengaruh Falsafah Pendidikan Progresivisme terhadap FPK
💣 Pendidikan bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab serta usaha untuk mewujudkan masyarakat yang maju dan berilmu.
💣Menggalakkan pelajar agar mempunyai sikap yang kretif dan inovatif agar dapat menyumbang dalam perkembangan teknologi Negara.
💣KBAT yang diterapkan dalam RPH mengajar murid menyelesaikan masalah. Peranan guru selari dengan aliran progresivisme iaitu guru sebagai fasilitator atau pembimbing yang akan membantu murid dalam aktiviti atau mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.
💣Guru berperanan sebagai pembimbing kepada murid untuk menyelesaikan masalah yang terdapat pada situasi yang diberikan atau yang terdapat pada soalan-soalan KBAT.
Comments
Post a Comment