MUHAMAD AZIM BIN BAHARUDIN (D20202097258)
Pengaruh cabang falsafah metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia? Tujuan dan matlamat Pendidikan di MALAYSIA pendidikan negara pada abad ini amat jelas sekali iaitu menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang adil kepada semua pelajar tanpa mengira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan cara hidup. Definisi Metafizik membincangkan persoalan realiti, kesejagatan dan ketuhanan yang menyentuh tentangkebenaran dan kewujudan. Epistemologi membincangkan persoalan ilmu dari segi perolehan, jenis, sumber dan kesahan. Aksiologi membincangkan persoalan nilai yang terdiri dari etika dan estetika untuk keharmoniandan keseimbangan kehidupan manusia. Logik membincangkan persoalan membuat keputusan yang perlu diambil secara tepat danberkes...